Tanah jerlus: Kamera teleskopik bantu operasi SAR malam ini

Iklan
Penggunaan kamera ini akan membantu pasukan SAR melihat imej lebih jelas terutama di lurang kumbahan dua di kawasan pencarian yang dikesan tersumbat akibat sisa sampah dan backlog. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kamera teleskopik dijangka digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) malam ini dalam usaha mengesan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sumber berkata, kamera itu mempunyai gabungan teknologi yang terdapat pada kamera push rod dan crawler yang digunakan sebelum ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penggunaan kamera itu akan membantu pasukan SAR melihat imej lebih jelas terutama di lurang kumbahan dua di kawasan pencarian yang dikesan tersumbat akibat sisa sampah dan backlog.

Tinjauan Bernama mendapati jentera berat seperti kren berada di lokasi dipercayai untuk membantu usaha SAR yang kini masuk hari kelapan.

Iklan

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad memaklumkan bahawa usaha SAR dengan kaedah penyelaman adalah terlalu berisiko.

Ia susulan faktor risiko yang dikenal pasti iaitu aliran air bawah tanah yang deras, ruang sempit untuk pasukan penyelamat dan sisa-sisa sampah serta backlog yang keras di kawasan carian.

Iklan

Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran. - Bernama