LUMUT - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap timbunan kayu dalam kejadian di sebuah kilang kayu di Ayer Tawar di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang berusia 41 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh majikannya sebelum melaporkan ke Balai Polis Ayer Tawar sekitar jam 11.20 pagi.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dihempap kayu di sebuah kilang di Ayer Tawar, Manjung pada Jumaat. Foto: ihsan polis