KPK Indonesia saran anak bongsu Jokowi amal gaya hidup tolak rasuah

Iklan
Kaesang dan isteri ketika bercuti di AS. Foto Agensi

JAKARTA - Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia menyarankan supaya anak bongsu Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi iaitu Kaesang Pangarep supaya mengamalkan gaya hidup sederhana di samping menjadi contoh kepada rakyat.

Ia selepas 'terbongkarnya' gaya hidup mewah Kaesang dan isterinya, Erina Gudono yang menimbulkan kritikan awam baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Kaesang dan isterinya berdepan kecaman warga maya kerana mempamerkan percutian mewah mereka di Amerika Syarikat (AS), ketika satu siri protes membantah rancangan mengubah Undang-Undang Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) diadakan negara itu.

Kebanyakan warga maya turut mendakwa Kaesang dan Erina menyewa jet peribadi untuk kunjungan mereka ke AS.

Iklan

Timbalan Ketua KPK, Alexander Marwata, berkata Kaesang yang juga merupakan Ketua Umum Parti Solidaritas Indonesia (PSI) perlu mengelak daripada dikaitkan dengan gaya hidup yang melampau.

"Kami mendorong Kaesang supaya menjadi contoh dan model kepada nilai-nilai antirasuah, salah satunya hidup cara sederhana," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu menyentuh mengenai dakwaan menyewa jet peribadi untuk kunjungan mereka ke AS, Alexander berkata, KPK akan mengambil keterangan berhubung perkara itu daripada Kaesang.

"Kami akan siasat dan meminta penjelasan daripadanya kelak," katanya.

Terdahulu, kadar sewa jet peribadi itu turut didedahkan warga maya dengan perjalanan sehala dianggarkan sekitar 4 bilion rupiah (RM1.1 juta) sekali gus mengundang kecaman pengguna media sosial kerana pasangan itu didakwa berbelanja secara berlebihan. - Agensi