Masih adakah sinar buat MH370?

Iklan
Pesawat MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing pada 8 Mac 2014 dilapor hilang daripada skrin radar dua jam selepas berlepas.

BARU-baru ini, media antarabangsa menggemparkan negara dengan petunjuk baharu tentang keberadaan pesawat MH370 yang hilang pada hilang pada 8 Mac 2014.

Pendedahan terhadap keberadaan pesawat itu dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Tasmania, Vincent Lyne yang memaklumkan bahawa kajiannya telah berjaya mengenal pasti 'lokasi persembunyian yang sempurna' di mana pesawat itu telah 'menghilang'.

Iklan
Iklan

Selepas kajian itu didedahkan kepada umum, ia telah menjadi perbualan di media sosial yang beranggapan bahawa ‘penemuan’ itu hanyalah sekadar teori semata.

Pada 30 November 2018, ahli keluarga terdekat kepada beberapa mangsa tragedi kehilangan penerbangan MH370 menyerahkan lima serpihan, yang dipercayai bahagian-bahagian tertentu daripada pesawat malang itu kepada kerajaan Malaysia.

Iklan

Serpihan yang ditemui di tiga lokasi di Madagascar antara December 2016 dan Ogos 2018 itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Anthony Loke.

Pendedahan Vincent itu menimbulkan tanda tanya sama ada serpihan yang ditemui sebelum ini adakah benar milik MH370 atau sebaliknya.

Iklan

Pun begitu, sebarang petunjuk mengenai keberadaan MH370 sudah pasti memberi harapan kepada ahli keluarga mangsa terlibat yang mahukan insan tersayang ditemui walaupun sudah 10 tahun kehilangan berlaku.

Misteri kehilangan pesawat MH370 sehingga kini masih meninggalkan tanda tanya dan diharapkan tiada sebarang spekulasi timbul membabitkan mangsa khususnya juruterbang.

Ini kerana, segala yang berlaku tidak dapat dipastikan dan implikasi terhadap spekulasi itu akan menjejaskan emosi keluarga mangsa.