Anak muda mahu masa depan terjamin

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Muhammad Zulaqmar

SEMPENA Hari Kemerdekaan yang ke-67, Sinar Harian mendapatkan pandangan pemimpin muda mengenai harapan dan impian mereka.

Ikuti pandangan Pegawai Kebajikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Muhammad Zulaqmar Zainudin mengenai perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Apakah harapan anda dalam politik negara?

Anak muda pastinya inginkan satu jaminan buat mereka khususnya berkaitan harga barang, pekerjaan, tempat tinggal, dan persekitaran yang selamat. Janji-janji politik yang ditunaikan, bukan sekadar retorik. Jika ini berlaku, kepercayaan anak muda pada kerajaan akan berada di tahap yang baik.

Iklan

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, apakah yang anda harapkan daripada kepimpinan negara?

Kami mahukan pemimpin yang lebih inklusif, mesra orang muda, bijak menangani isu ekonomi dan tegas dalam perkara yang boleh menghancurkan keharmonian kaum dan agama dalam Malaysia yang berbilang kaum.

Iklan

Apa perubahan ekonomi yang anda sebagai anak muda harapkan dapat dicapai di Malaysia dalam masa terdekat?

Kerajaan perlu baiki nilai mata wang, turunkan harga barang, stabilkan ekonomi, perbanyakkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Apa jenis sokongan yang anda rasa perlu disediakan oleh kerajaan untuk golongan muda bertahan dalam ekonomi?

Latihan yang berkaitan sektor bagi meningkatkan nilai orang muda, suntikan pinjaman mikro, dan pemantauan agensi kerajaan yang kerap bagi memastikan mereka tidak tercicir.

Apa yang anda rasa perlu diperbaiki dalam sistem pendidikan di sekolah atau universiti di negara ini?

Silibus pendidikan perlu dikaji semula, penilaian seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), perlu diadakan semula dengan kaedah yang terkini dan bersesuaian, dan menekankan konsep manusiawi dan pembangunan modal insan, bukan sekadar akademik.

Apa jenis program atau kursus yang anda rasa perlu ditawarkan kepada golongan muda untuk mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan?

Perkemaskan Program Khidmat Negara dan Biro Tatanegara mengikut acuan zaman kini, perbanyakkan aktiviti sukarelawan, aktiviti kem cuti sekolah atau semester.

Apa peluang pekerjaan yang anda harap diperbanyakkan di Malaysia untuk golongan muda?

Kerja yang berkonsepkan teknologi industri, teknologi AI, teknologi pertanian dan kita harapan agar gaji yang ditawarkan antara RM2,500 hingga RM3,000.