Perlu tingkat kualiti sistem pendidikan negara

Iklan
Beberapa penambahbaikan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan iaitu peningkatan kualiti pengajaran. Gambar hiasan (Gambar kecil: Muhammad Najib)

SEMPENA Hari Kemerdekaan yang ke-67, Sinar Harian mendapatkan pandangan pemimpin muda mengenai harapan dan impian mereka.

Ikuti pandangan Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah, Muhammad Najib Mohd Taib mengenai perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Sebagai rakyat sudah pasti kita mahu kestabilan politik. Apakah bentuk atau ciri-ciri kestabilan politik yang anak muda impikan?

Ciri-ciri kestabilan politik yang diimpikan anak muda adalah kepimpinan yang telus dan berintegriti. Anak muda mengimpikan kepimpinan yang tidak hanya bertindak secara adil tetapi juga jujur dan telus dalam semua aspek.

Iklan

Selain itu, kami mengimpikan penyertaan aktif golongan muda. Kami ingin melihat lebih banyak peluang untuk terlibat dalam proses politik dan pengambilan keputusan.

Antara lain, anak muda inginkan kestabilan ekonomi dan sosial. Kami menganggap kestabilan politik juga perlu disertai dengan kestabilan ekonomi dan sosial yang konsisten.

Iklan

Saya berpandangan anak muda turut mahukan dasar yang inklusif. Hal ini bermakna, dasar-dasar yang memperjuangkan hak-hak semua lapisan masyarakat dan tidak berat sebelah.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, apakah yang anda harapkan untuk kepimpinan masa depan?

Kami berharap Perdana Menteri akan mempunyai umur yang lebih muda dan segar, yang mungkin berumur sekitar 40-50 tahun. Antara lain, anak muda kini lebih mementingkan kompetensi dan visi daripada jantina atau bangsa, tetapi inginkan seorang Perdana Menteri yang mewakili kepelbagaian rakyat Malaysia.

Anak muda berharap seorang Perdana Menteri dalam tempoh 10 tahun akan datang mempunyai kriteria penting termasuk keupayaan memimpin dengan bijaksana, kemahiran dalam menangani isu-isu kontemporari, dan kemampuan untuk berkomunikasi dengan jelas dan efektif.

Apa perubahan ekonomi yang anda sebagai anak muda harapkan dapat dicapai di Malaysia dalam masa terdekat?

Antara perubahan ekonomi yang diharapkan termasuklah pengurangan kadar pengangguran. Bagi saya, anak muda mengharapkan pengurangan dalam kadar pengangguran dengan lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti.

Selain itu, perubahan terhadap inovasi dan keusahawanan. Sehubungan itu, anak muda seperti saya berharap ada sokongan yang lebih kuat terhadap inovasi dan keusahawanan bagi membangunkan industri baru dan teknologi.

Seterusnya, peningkatan kualiti Hidup. Jadi, keperluan untuk pengurangan kos sara hidup dan peningkatan akses kepada perumahan yang mampu milik.

Apakah jenis sokongan yang anda rasa perlu disediakan oleh kerajaan untuk golongan muda bertahan dalam sektor ekonomi?

Bagi saya, sokongan yang diperlukan oleh kerajaan termasuklah latihan dan pembangunan kemahiran. Justeru, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak program latihan dan pembangunan kemahiran yang relevan dengan keperluan pasaran kerja.

Tidak ketinggalan, sokongan dalam bentuk subsidi dan insentif. Kerajaan diharap nemperkenalkan subsidi dan insentif untuk golongan muda yang terlibat dalam perniagaan kecil dan sederhana atau industri baru.

Golongan muda turut memerlukan sokongan dari segi kefahaman kewangan. Maka, program pendidikan kewangan untuk membantu golongan muda menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.

Apakah yang anda rasa perlu diperbaiki dalam sistem pendidikan di sekolah atau universiti di negara ini?

Bagi saya, beberapa penambah baikan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan iaitu peningkatan kualiti pengajaran. Anak muda merasakan perlu ada peningkatan dalam kualiti pengajaran dan kemudahan di sekolah dan universiti.

Kedua, penambahbaikan terhadap kurikulum dengan mengemas kini kurikulum untuk memasukkan kemahiran abad ke-21, termasuk teknologi dan kemahiran digital. Yang terakhir, penilaian berasaskan kemahiran,yang mana perlu ada penilaian yang lebih berasaskan kemahiran praktikal dan bukan hanya akademik.

Apa jenis program atau kursus yang anda rasa perlu ditawarkan kepada golongan muda untuk mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan?

Terdapat program atau kursus yang perlu ditawarkan terutamanya kemahiran teknologi yang meliputi kursus dalam teknologi maklumat, pengaturcaraan, dan sains data.

Selain itu, program keusahawanan dan inovasi yang memberi fokus pada kemahiran keusahawanan dan inovasi untuk mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan. Kursus yang mengajarkan kemahiran hidup praktikal dan pengurusan kewangan peribadi juga perlu ditawarkan kepada anak muda.

Apa peluang pekerjaan yang anda harap diperbanyakkan di Malaysia untuk golongan muda?

Bagi pandangan saya, peningkatan peluang kepada anak muda dalam sektor teknologi dan digital yang berkembang pesat. Diikuti, lebih banyak peluang untuk memulakan perniagaan dan mendapat sokongan dalam sektor keusahawanan serta peningkatan dalam peluang dalam industri kreatif seperti media, seni, dan reka bentuk.