Polis tembak mati penjenayah miliki 16 rekod jenayah

Iklan
Seorang penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, di sini, pada Khamis. Gambar hiasan

RAWANG - Seorang penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung di sini pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku pada jam 9.33 malam apabila suspek enggan berhenti dan telah melepaskan tembakan ke arah pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Iklan
Iklan
Hussein

Katanya, pihak polis kemudian telah membalas beberapa tembakan dan suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Polis Kontinjen Selangor mengesahkan kejadian itu.

Iklan

"Suspek adalah lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mempunyai 16 rekod kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Iklan

Tambahnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis atau berhubung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.