PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada Sabtu berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya di sini.
Ini adalah kali pertama Seri Paduka Baginda berdua menyaksikan acara gilang-gemilang itu selepas Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan serta ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, masing-masing pada 31 Januari dan 20 Julai lepas.