Israel dakwa telah bunuh ketua Hamas di Jenin

Iklan
Wassem didakwa dibunuh dalam satu serangan menembak dan mengebom di wilayah Palestin. - Foto X/Jason Brodsky

JENIN - Tentera Israel mendakwa pasukannya di sempadan telah berjaya membunuh Wassem Hazem iaitu ketua Hamas di Jenin pada Jumaat.

Wassem didakwa dibunuh dalam satu serangan menembak dan mengebom di wilayah Palestin.

Iklan
Iklan

Rakaman kamera kereta dan topi keledar yang dikeluarkan oleh polis Israel menunjukkan satu kenderaan berhenti dalam satu pertempuran.

Pembunuhan Wassem dilakukan oleh pegawai Israel yang menyamar.

Iklan

Dua lagi anggota Hamas yang cuba melarikan diri dari kereta yang mereka naiki telah dibunuh menggunakan dron.

Senjata, bahan letupan dan sejumlah besar wang tunai ditemui di dalam kenderaan itu, dakwa Israel. - Awani

Iklan