Buangan berminyak disyaki punca pencemaran bau

Iklan
Pihak bomba turut membantu ketika pemeriksaan dilakukan di lokasi penemuan buangan berjadual yang dilupuskan di tapak pelupusan haram yang disyaki punca pencemaran bau di Taman Balok Baru dan Sungai Balok di sini, baru-baru ini. Foto FB Andansura Rabu.

KUANTAN - Buangan berjadual berminyak yang dilupuskan di tapak pelupusan haram berhampiran loji rawatan kumbahan di kawasan Taman Balok Baru di sini disyaki punca pencemaran bau yang dilaporkan di kawasan itu dan Sungai Balok di sini, baru-baru ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang berkata, sampel tanah tercemar dan air sungai telah diambil di lokasi dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca pencemaran bau tersebut.

"Siasatan dijalankan pada 27 hingga 29 Ogos 2024 lalu selepas menerima laporan pencemaran bau bahan kimia di dua kawasan itu.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati terdapat bau yang kuat di kawasan tersebut serta adanya lapisan minyak di permukaan Sungai Balok.

Andansura (kiri) bersama wakil agensi terlibat turun padang meninjau lokasi penemuan buangan berjadual yang dilupuskan di tapak pelupusan haram yang disyaki punca pencemaran bau di Taman Balok.Baru dan Sungai Balok di sini, baru-baru ini.Foto FB Andansura Rabu.

"Pengujian 'in-situ'di lokasi mendapati kadar oksigen terlarut adalah 0.42 mg/L dan rendah berbanding julat normal bagi kehidupan akuatik iaitu antara 4.0 hingga 6.0 mg/L manakala bacaan pH 7.14, normal," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Jelasnya, berdasarkan maklumat lanjut daripada orang awam, JAS telah mengesan satu alur air berhampiran sebuah loji rawatan kumbahan di kawasan Taman Balok Baru, itu yang disyaki dijadikan tapak pelupusan haram buangan terjadual berdasarkan buangan berminyak yang ditemui serta bau yang kuat dari lokasi tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Sebarang aduan pencemaran boleh terus dilaporkan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di http://eaduan.doe.gov.my," ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah alam sekitar terlibat dalam kejadian tersebut.

Andansura (dua dari kiri) bersama wakil agensi terlibat turun padang selepas menerima aduan penduduk berhubung pencemaran bau di Taman Balok.Baru dan Sungai Balok di sini, baru-baru ini.Foto FB Andansura Rabu.

Menurutnya, aduan berhubung pencemaran bau di sekitar Sungai Balok diterimanya Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian itu turut menjejaskan hidupan air berdasarkan dakwaan ikan mati di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balok.

"Penduduk sekitar mendakwa bau pencemaran tersebut sangat kuat dan mengganggu terutamanya pada beberapa hari lalu," ujarnya melalui kenyataan di Facebook.