Sambutan Hari Kebangsaan ke-67

Iklan
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyaksikan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan ke -67 yang bertemakan"Malaysia Madani : Jiwa Merdeka" di Dataran Putrajaya pada Sabtu.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kedua Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadilah Yusof dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.



Acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2024 dijayakan oleh 17,262 peserta, 57 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 343 aset darat, 37 aset udara dan 112 haiwan dalam perkhidmatan.