CHELSEA telah menandatangani pemain sayap, Jadon Sancho dari Manchester United dengan perjanjian pinjaman selama semusim, lapor media Britain pada Sabtu.
Sancho menyertai Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan dan berpeluang untuk menandatangani pemain itu secara kekal selepas tempoh pinjaman berakhir.
Iklan
Iklan
Sancho menyertai United pada 2021 dari Borussia Dortmund dengan kontrak lima tahun, tetapi pertelingkahan dengan pengurus Erik ten Hag tahun lalu yang menyebabkan dia kembali ke Dortmund secara pinjaman pada Januari tahun ini sehingga akhir musim.
Pemain berusia 24 tahun itu membuat penampilan sebagai pemain gantian dalam kekalahan penentuan penalti United kepada Manchester City dalam Perisai Komuniti awal bulan ini tetapi tidak dimasukkan dalam skuad Ten Hag untuk dua perlawanan pembukaan liga mereka.
Sancho membuat 83 penampilan untuk United, menjaringkan 12 gol dan telah bermain 23 kali untuk England. Dia antara pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan sepakan akhir Euro 2020 yang mana England tewas kepada Itali.
Chelsea menerima kunjungan Crystal Palace dalam perlawanan liga seterusnya pada Ahad.
Artikel Berkaitan