13 bayi merdeka lahir di HRPZII

Iklan
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu telah menerima seramai 13 orang bayi merdeka yang dilahirkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada Sabtu.

KOTA BHARU - Seramai 13 orang bayi dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada Sabtu.

Ia melibatkan kelahirkan lima bayi lelaki dan lapan perempuan dari jam 12 tengah malam sehingga jam 10 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Pengarah HRPZII, Dr Izamin Idris berkata, pihaknya telah menerima bayi merdeka yangpertama pada jam 12.14 pagi.

Dr Izamin (kiri) menyampaikan cenderamata kepada ibu yang melahirkan anak merdeka di HRPZ II.

"Bagi mengimarakkan lagi bulan merdeka, kami telah menganjurkan Program Sambutan BayiMerdeka 2024.

Iklan

"Program ini merupakan acara tahunan hospital sebagai tanda kesyukuran terhadap kelahiran generasi baru yang bakal mewarisi kepemimpinan Malaysia pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu yang turut sama berbesar hati dan bekerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Iklan