Tragedi tanah jerlus: Belum temui sebarang petunjuk baharu

Iklan
Belum terdapat sebarang petunjuk baharu berkaitan usaha mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah jerlus melibatkan wanita warga India di Jalan Masjid India yang memasuki hari ke sembilan pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Belum terdapat sebarang petunjuk baharu berkaitan usaha mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah jerlus melibatkan wanita warga India di Jalan Masjid India yang memasuki hari ke sembilan pada Sabtu.

Setakat ini pengamal media masih menanti sebarang kenyataan terkini berhubung operasi SAR yang dijalankan ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan pasukan SAR meneruskan operasi sehingga 4 pagi.

Premis perniagaan di sekitar kawasan ini didapati beroperasi seperti biasa.

Operasi diteruskan dengan penggunaan kamera teleskopik bagi melihat imej lebih jelas terutama di lurang kumbahan dua di kawasan pencarian yang dikesan tersumbat akibat sisa sampah dan backlog.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, kamera itu mempunyai gabungan teknologi yang terdapat pada kamera push rod dan crawler yang digunakan sebelum ini.

Setakat ini pengamal media masih menanti sebarang kenyataan terkini berhubung operasi SAR yang dijalankan ini.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati laluan di Jalan Masjid India masih lagi ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Iklan

Selain itu, premis perniagaan di sekitar kawasan ini didapati beroperasi seperti biasa.

Operasi SAR yang dijalankan sejak hari pertama kejadian melibatkan seramai lebih 115 anggota dan pegawai yang terlibat dalam operasi tersebut membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium, Agensi Nuklear Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains.

Jumaat minggu lalu, seorang wanita warga India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.