SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung pada 2 September hingga 7 September ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.