PM puji persembahan tarian 'Cuci Rasuah' - Fahmi

Iklan
Perdana Menteri memuji ‘lontaran’ tenaga dan keseragaman lebih 500 warga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), yang terlibat dalam persembahan khas selama kira-kira lima minit itu.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan tarian ‘Cuci Rasuah’ yang dipersembahkan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, di sini pada Sabtu sebagai yang terbaik.

Berkongsi maklum balas itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri memuji ‘lontaran’ tenaga dan keseragaman lebih 500 warga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), yang terlibat dalam persembahan khas selama kira-kira lima minit itu.

Iklan
Iklan

"PM (Perdana Menteri) sebut tadi ia adalah persembahan terbaik... jadi dia sangat gembira,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan itu.

Tarian ‘Cuci Rasuah’ yang dipersembahkan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, di sini pada Sabtu. Foto Bernama

Persembahan ‘Cuci Rasuah’ itu merupakan cetusan idea Pengarah Artistik dan Konsep bagi sambutan Hari Kebangsaan 2024 Rosnan Nordin, yang didedikasikan kepada perjuangan Anwar dalam membanteras rasuah dengan diiringi lagu hasil ciptaan Rosnan bertajuk ‘Cuci Rasuah’ yang pertama kali dimainkan hari ini.

Iklan

Lebih menarik, semua peserta tarian itu hanya menggunakan peralatan pembersihan iaitu penyapu dan tong sampah sebagai instrumen persembahan, yang membawa simbolik pembersihan negara dari amalan rasuah.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, matlamat membanteras amalan rasuah menjadi elemen utama Kerajaan Perpaduan, yang mahu memerangi rasuah secara habis-habisan pada pelbagai peringkat khususnya dalam perkhidmatan awam.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, usaha untuk memeranginya tidak hanya terletak di atas bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan semua pihak dalam apa jua bentuk tindakan.

"Ini simbol yang perlu kita ketengahkan dan kita telah pilih untuk menjadi sebahagian daripada persembahan bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2024, kerana iltizam dan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk menghapuskan amalan rasuah di negara ini.

"Kita terapkan budaya yang lebih baik dalam kalangan semua pengunjung termasuk penjawat awam dan swasta. Saya harap mesej persembahan ini sampai kepada rakyat negara ini,” katanya.

Menzahirkan penghargaan kepada Rosnan, Fahmi berharap ‘orang kuat’ yang bertanggungjawab dalam persembahan Hari Kebangsaan sejak 2008 itu, dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran pada masa akan datang.

"Kalau inilah hasil sumbangan beliau yang terakhir, jadi saya boleh kata ini yang terbaik. Kita kena cari jalan untuk mendapatkan kepakaran beliau di masa hadapan,” katanya.

Persembahan tarian penuh bertenaga itu merupakan sumbangan idea terakhir Rosnan sebelum bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) JKKN, tahun depan. - Bernama