Ibu bapa usah ambil mudah daftar kelahiran anak

Iklan
Mohd Zamri (dua dari kiri) meghadiri majlis meraikan kelahiran bayi merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu pada Sabtu.

KUALA TERENGGANU - Golongan ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah urusan pendaftaran bayi yang baru dilahirkan bagi mengelak berdepan kesulitan pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Mohd Zamri Mat Zain berkata, setiap rakyat Malaysia wajar diberi peluang untuk mendapatkan dokumen peribadi itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkasakan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) secara lebih meluas di seluruh negara bagi membantu mereka yang berdepan dengan masalah tersebut.

"Sebenarnya, kita sasar untuk laksanakan 1,500 program turun padang di seluruh negara, bantu rakyat dapatkan dokumen pengenalan diri untuk memudahkan mereka menjalani urusan harian.

Iklan

"Cuma dalam setiap program turun padang contohnya sempena Hari Kebangsaan ke-67 hari ini, kita jumpa ibu bapa agar mereka tidak ambil mudah berkaitan pendaftaran bayi.

"Kegagalan ibu bapa mendaftarkan anak mereka berisiko menyebabkan masalah di kemudian hari terutama keciciran dalam aspek pendidikan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis meraikan kelahiran bayi merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA) Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong.

Dalam perkembangan sama, katanya, JPN berjaya melaksanakan pelbagai program serta mendekati pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

"Kita faham, rakyat mungkin ada pelbagai kekangan yang dihadapi menyebabkan mereka tidak dapat datang ke JPN terdekat untuk mendapatkan pelbagai dokumen berkaitan.

"Kita bersyukur, hasil kerjasama erat, semua kakitangan JPN telah berjaya mencapai sasaran itu lebih awal dengan melaksanakan 1,516 program melalui 210 pejabat JPN di seluruh negara," katanya.