34,000 kanak-kanak di Tawau terima vaksin polio

Iklan
Vaksin polio secara percuma melalui kempen imunisasi polio Sabah pada Januari hingga Mac tahun ini.

TAWAU - Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau menyasarkan kira-kira 34,000 kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara menerima vaksin polio secara percuma melalui kempen imunisasi polio Sabah pada Januari hingga Mac tahun ini.

Pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran berkata, 43 peratus iaitu kira-kira 14,000 kanak-kanak membabitkan beberapa kawasan termasuk di Pulau Sebatik menerima imunisasi berkenaan sejak 21 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Imunisasi polio dos pertama diberi secara titisan ke mulut (OPV), dan pemberian imunisasi itu akan melalui dua fasa dengan pertama bermula 21 Januari sehingga 21 Februari dan fasa kedua 22 Februari sehingga 21 Mac," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita majlis pelancaran kempen imunisasi polio Sabah peringkat Tawau di Kampung Titingan di sini, hari ini.

Iklan

Program itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dalam pada itu Nizam berkata, inisiatif pemberian vaksin itu menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyatnya sihat.

Iklan

Nizam turut menasihati agar ibu bapa yang belum mendapatkan imunisasi untuk anak-anak mereka agar membawa anak mereka berjumpa dengan pegawai kesihatan sama ada sepanjang kempen berjalan atau ke hospital untuk mendapatkan vaksin secara percuma. - Bernama