Tanah jerlus: SAR di Jalan Masjid India dihentikan hari ini

Iklan
Zaliha(tiga dari kiri) memaklumkan SAR yang memasuki hari kesembilan sejak dimulakan pada 23 Ogos lalu dihentikan hari ini.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini dihentikan serta-merta pada Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, SAR telah memasuki hari kesembilan sejak dimulakan pada 23 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Keadaan di tanah jerlus yang membabitkan seorang mangsa wanita warganegara India. Foto Bernama

"Rentetan laporan kepada Kabinet tentang peristiwa yang berlaku dan keputusan dibuat untuk kita ambil pandangan sudut pakar sebelum ambil keputusan.

Iklan

"Kita kumpul semua bentuk kepakaran yang ada termasuk dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Indah Water Konsortium (IWK) dan Jabatan Mineral Geosains dan Mineral (JMG), Agensi Nuklear Malaysia dan pelbagai.

"Setelah itu, kita buat keputusan untuk hentikan SAR hari ini (Sabtu)," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Sabtu.

Iklan

Tambahnya, ada beberapa sebab SAR dihentikan iaitu dapatan di lokasi kejadian selain faktor keselamatan kepada pasukan penyelamat di dalam lokasi kejadian.

Zaliha berkata, pihaknya telah menerima hasil dapatan khususnya daripada pasukan JBPM mengenai objek yang berada di dalam saluran pembentung IWK.

"Walaupun objek itu tidaklah mengesahkan ia adalah mangsa, kita tidak boleh teruskan lagi pencarian atas sebab keselamatan terhadap anggota yang turun ke bawah cari mangsa selain sudut kesihatan.

"Keduanya ialah keselamatan kawasan dengan kesan mendapan juga beri kebimbangan dan ketiganya beberapa perkara termasuklah keselamatan pengunjung yang melalui Jalan Masjid India (lokasi kejadian) dan ini antara sebab mengapa SAR dihentikan," ujarnya.

Dalam kejadian pada 23 Ogos lalu, mangsa melibatkan seorang wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48. Sepasukan anggota JBPM Kuala Lumpur telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi.