Sambut merdeka dengan tanam pokok bunga raya atas Bukit Kwong

Iklan
Para peserta menanam pokok bunga ditanam sebagai simbolik meraikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

RANTAU PANJANG - Seramai 300 peserta mencipta kelainan pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 kali ini dengan mendaki Bukit Kwong di sini sambil mengutip sampah dan menanam pokok.

Program yang ditaja oleh Teniat Village dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas dan Pejabat Belia dan Sukan Pasir Mas itu memilih pokok bunga raya untuk ditanam di atas bukit berketinggian 290 meter.

Iklan
Iklan

Pengarah Program, Ahmad Faizee berkata, sebanyak 67 pokok bunga ditanam sebagai simbolik meraikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Para peserta turut mengutip sampah yang ditemui sepanjang pendakian.

"Selain itu beberapa aktiviti lain turut diadakan selain mengibarkan Jalur Gemilang di puncak bukit tersebut. Antaranya ialah pertandingan mewarna, senamrobik dan banyak lagi," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Iklan
Seramai 300 peserta mendaki Bukit Kwong di Rantau Panjang sambil mengutip sampah dan menanam pokok bunga raya.

Menurut beliau program yang julung kali diadakan itu bukan sekadar memperingati pengorbanan serta jasa mereka yang telah berkorban untuk kemerdekaan negara tetapi turut mendidik generasi muda untuk mencintai alam semula jadi.

Ujarnya, dengan penglibatan Rakan Muda dan Rakan Bumi banyak memainkan peranan dalam menjayakan program tersebut.

Iklan