DBKL laksana pemetaan utiliti, kajian struktur tanah - Menteri

Iklan
Zaliha bercakap ketika sidang akhbar di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan pemetaan utiliti dan kajian struktur tanah di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kini fasa pemulihan akan dimulakan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada hari kesembilan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Ia akan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) apakah tindakan selanjutnya.

"Apa yang akan dilakukan seterusnya ialah pihak DBKL akan lakukan beberapa perkara iaitu pemetaan utiliti serta kajian struktur tanah seluruh Kuala Lumpur.

Iklan

"Kita juga akan buat sesi libat urus dengan peniaga untuk teruskan kembali aktiviti di sini selain DBKL diminta melakukan pembinaan semula di kawasan terlibat iaitu dari pintu gerbang sehingga ke Mydin kira-kira 100 meter," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Sabtu.

Zaliha merakam penghargaan kepada pasukan SAR sepanjang sembilan hari operasi.

Dalam pada itu, Zaliha berkata, pihaknya juga akan memastikan kawasan terlibat tidak diganggu pengunjung.

Iklan

Katanya, pihak DBKL juga menyatakan mana-mana pembangunan yang dibuat memerlukan laporan geoteknikal.

Ujar Zaliha lagi, laporan penuh kejadian kes tanah jerlus ini akan dibuat sebagai satu noktah kepada Jemaah Menteri agar diketahui butiran mendalam daripada insiden terbabit.

"Saya minta semua pihak terlibat dalam SAR untuk memberikan input laporan penuh," ujarnya.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai agar mendapatkan berita yang sahih berhubung kejadian sebegini daripada pihak berautoriti.

"Biarlah ia datang daripada pihak autoriti. Saya tegaskan Kuala Lumpur secara amnya berada dalam keadaan selamat dan kami telah berbincang dengan pihak lebih arif yang menyatakan dan khusus keselamatan di ibu negara," katanya.

23 Ogos lalu, sepasukan anggota bomba Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi membabitkan insiden tanah jerlus melibatkan seorang wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48.