Kerajaan bincang beri pampasan keluarga mangsa tanah jerlus

Iklan
Zaliha (lima kanan) bergambar bersama pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi SAR mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan berbincang bagi mempertimbang pemberian pampasan kepada keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India dekat sini.

Perkara itu diulas ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Iklan
Iklan

"Ia akan dibincang nanti," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimumah Mohd Sharif.

Iklan
Zaliha (kiri) dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Sabtu.

Selain itu, ditanya berhubung reaksi keluarga mangsa selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada Sabtu, Zaliha memaklumkan, pada hari pertama kejadian mereka bersedih dan sukar untuk menerima kejadian berkenaan.

"Mereka telah meminta kita agar percepat usaha mencari mangsa dan kita beri maklum balas tindakan telah diambil..mereka faham.

Iklan

"Beberapa hari kemudian kita bertemu dengan mereka, sentiasa berhubung, mereka mula terima dan bersetuju juga bila kita terpaksa ambil keputusan henti pencarian ini," ujarnya.

Tambah beliau, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan dalam pencarian mangsa.

"Beliau faham dalam kesungguhan dilakukan pihak SAR dan memahami jika kita perlu ambil keputusan memberhentikannya dan akan bersama membantu menyatakan keputusan kita ini kepada keluarga," katanya.

Sebelum itu, Zaliha memaklumkan operasi SAR wanita warga India yang terjatuh di lokasi kejadian dihentikan serta-merta pada hari kesembilan.

23 Ogos lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai G Vijaya Lakhsmi, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India.