'Semoga anak berjiwa patriotik'

Iklan
Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) JKWPKL dan Putrajaya, Dr Muhammad Yusuf Sibert (kanan) menyampaikan cenderahati kepada ⁠Adly Ukasha Abdul Malik dan isterinya, Iffatun Nisa Abdul Halim pada majlis Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

PUTRAJAYA - Sepasang suami isteri berasa gembira kerana tidak menyangka kelahiran putera sulung jatuh pada 31 Ogos berbanding tarikh jangkaan bersalin pada 16 September.

Ibu kepada bayi berkenaan, Iffatun Nisa Abdul Halim, 26, berkata, anaknya lahir pada jam 3.15 pagi secara normal dan proses bersalin berjalan lancar.

Iklan
Iklan

"Saya tidak sangka nak melahirkan (anak) hari ini, sepatutnya bersalin 16 September sama dengan Hari Malaysia tapi rupanya bayi saya nak lahir Hari Kebangsaan (31 Ogos).

"Semoga dia berjiwa patriotik dan sayangkan negara sepertimana tarikh kelahirannya yang bakal disambut setiap tahun oleh semua rakyat Malaysia," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, Ang Yit Hua, 33, memaklumkan bahawa kandungannya sudah melebihi tarikh jangka iaitu 23 Ogos lalu.

Menurutnya, air ketuban mula pecah dan bayi sudah membuang air besar dalam perut maka pembedahan kecemasan perlu dilakukan.

Iklan

"Dia merupakan anak kedua (perempuan), anak sulung saya lelaki. Buat masa kini, tiada apa yang saya harapkan, cuma mahu dia jadi anak yang baik dan paling penting dia sentiasa gembira," ujarnya.

Enam bayi dilahirkan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Muhammad Yusuf Sibert berkata, di hospital berkenaan sudah ada enam bayi merdeka, masing-masing dengan tiga lelaki dan perempuan.

Muhammad Yusuf

Tambah beliau, bayi pertama yang dilahirkan adalah pada jam 12.39 pagi pada Sabtu.

"Setakat sekarang kita ada enam bayi dan berharap ada lagi serta boleh sasar dua angka kelahiran atau mungkin boleh cecah lebih 10 orang bayi hari ini.

"Saya doakan agar anak-anak ini menjadi pejuang bangsa, bercita-cita tinggi dan berakhlak mulia. Sejajar dengan erti kemerdekaan serta kemajuan dalam diri" katanya.