Pahang catat 13 kelahiran 'bayi merdeka'

Iklan
Dua 'bayi merdeka' yang selamat dilahirkan di Hospital Pekan pada Sabtu.

KUANTAN - Pahang merekodkan kelahiran13 'bayi merdeka' sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67 pada Sabtu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, semua bayi itu selamat dilahirkan di hospital di seluruh negeri ini sehingga tengah hari pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sembilan daripada kelahiran itu merupakan bayi lelaki manakala empat lagi bayi perempuan.

"Sembilan bayi dilahirkan secara normal manakala empat lagi melalui pembedahan dan kesemuanya dilaporkan sihat serta stabil.

Iklan

"Bayi lelaki seberat 2.84 kilogram (kg) yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini jam 12.25 tengah malam menjadi 'bayi merdeka' terawal di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Rusdi berkata, bayi bertuah itu merupakan anak ke lima pasangan dari Kuantan yang dilahirkan secara normal.

Iklan

Tambahnya, Hospital Sultan Haji Ahad Shah (HoSHAS) Temerloh mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan enam bayi dilahirkan diikuti HTAA (5) dan Hospital Pekan (2).

"Tahniah kepada ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada detik bersejarah sempena Hari Kemerdekaan ke-67 ini," katanya.