GEMENCHEH – Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar memanfaatkan projek Sejati Madani untuk kebaikan komuniti dan masyarakat sekitar.
Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, turut menyarankan peruntukan sebanyak RM100,000 yang diberikan kepada JPKK yang layak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
"Di bawah DUN Gemencheh, terdapat tiga kampung yang layak menerima geran projek bernilai RM100,000 iaitu Kampung Gemencheh Lama, Kampung Tengah dan Kampung Sungai Jerneh.
"JPKK perlu uruskan dana ini dengan betul agar dapat menjana pendapatan JPKK itu sendiri. Melalui pendapatan itu nanti akan dapat buat program, aktiviti masyarakat dan bantu penduduk. Itu la tujuan kerajaan perpaduan hari ini untuk bantu masyarakat melalui JPKK,”katanya pada Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.
Mohd Isam menandatangani plak sebagai simbolik Majlis Perasmian Projek Sejati Madani JPKK Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.