DI sebalik kesibukan menjalankan tugas sebagai penyampai pagi di ERA, trio Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad), dan Radin tidak ketinggalan menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, hari ini.
Ketiga-tiga penyampai terkenal itu tampil segak mengenakan uniform rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Iklan
Iklan
Menerusi perkongsian di Instagram era.je dan malaysia_coastguard, mereka bertiga tiba awal di lokasi dan turut menyertai rutin pasukan Maritim Malaysia.
Bahkan mereka turut melakukan push-up sama seperti anggota lain yang terlibat dalam perarakan tersebut.
Penyertaan ketiga-tiga mereka nyata membawa keterujaan kepada orang ramai yang hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan acara sambutan, juga dalam kalangan netizen di media sosial. - Awani