Pelbagai kenderaan hangus dalam kebakaran di tempat letak kereta di Singapura

Iklan
Pelbagai jenis kereta hangus dalam kebakaran di atas bumbung tempat letak kereta bertingkat di bangunan komersial Golden Mile Tower di Beach Road di sini, pada Sabtu.

SINGAPURA - [DIKEMAS KINI] Pelbagai jenis kenderaan hangus dalam kebakaran di atas bumbung tempat letak kereta bertingkat di bangunan komersial Golden Mile Tower di Beach Road di sini pada Sabtu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 12.50 tengah hari dan api berjaya dipadamkan menggunakan dua pancutan air.

Iklan
Iklan

"Kira-kira 45 orang telah dipindahkan dari premis itu oleh polis dan SCDF. Tiga individu telah dinilai terhidu asap tetapi mereka enggan dihantar ke hospital," katanya di Facebook.

SCDF berkata, hasil siasatan awal menunjukkan bahawa kenderaan terlibat bukanlah kenderaan elektrik. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iklan

Golden Mile Tower yang dibina pada 1970-an pernah menempatkan pawagam terbesar di republik itu.

Bangunan itu lebih sinonim kepada rakyat Malaysia sebagai satu daripada tempat menurunkan dan mengambil penumpang bas ke dan dari Malaysia.

Iklan

Video yang dikongsi dalam talian oleh orang awam menunjukkan berpuluh-puluh kenderaan di tempat letak kereta premis itu terlibat dalam kebakaran dengan letupan kedengaran dan kepulan asap boleh dilihat dari jarak jauh. - Bernama