Polis cari bekas jururawat dilaporkan hilang

Iklan
Shahrulnizam. Gambar kecil: Che Nurul Izzah

PETALING JAYA - Polis giat mengesan seorang bekas jururawat yang dilapor hilang pada Jumaat.

Mangsa, Che Nurul Izzah Che Salim, 36, dipercayai keluar dari rumahnya di alamat No 2 Jalan Kesum 24/37 Seksyen 24, Shah Alam pada 16 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan itu dibuat oleh kakak mangsa di Balai Polis Damansara pada jam 9.27 malam Jumaat.

Menurutnya, mangsa pernah berkhidmat di sebuah hospital swasta sebagai jururawat dan telah berhenti kerja pada 29 Ogos lalu.

Iklan

"Kakak mangsa memaklumkan adiknya telah keluar rumah bersama anak-anaknya pada 16 Februari lalu dan tidak tahu tinggal di mana.

"Wanita ini sudah bercerai serta mempunyai dua anak lelaki dan perempuan berusia 11 dan sembilan tahun," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh salurkan di balai polis berhampiran atau menghubungi Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan.