Pelajar maut, kereta dinaiki terbabas langgar pokok

Iklan
Keadaan kereta yang terbabas dalam kemalangan. - Foto IPD Kluang

KLUANG - Seorang pelajar maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Persiaran Seri Impian, Taman Seri Impian di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 1.20 petang, kereta jenis Nissan Almera dinaiki empat individu dari arah Kluang menghala ke Taman Seri Impian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika tiba di lokasi, kereta tersebut telah hilang kawalan menyebabkannya terbabas di tengah jalan yang basah akibat hujan lalu melanggar pokok berhampiran penghadang jalan.

"Akibatnya, mangsa, Chu Sin Hui, 14, yang berada di tempat duduk belakang kereta cedera parah di kepala, badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pemandu kereta, Chu Shze Cheng, 39, mengalami cedera ringan di kepala dan badan manakala penumpang hadapan, Gan Siew Peng, 39, pula cedera parah di kepala.

"Seorang lagi penumpang yang duduk di tempat duduk belakang kereta, Chu Hong Yu, 8, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Iklan

"Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.