Brighton ikat Arsenal di Emirates

Iklan
Reaksi pemain Arsenal selepas diikat Brighton di Emirates.

DECLAN Rice dilayangkan kontroversi dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Arsenal terikat 1-1 menentang Brighton pada Sabtu.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu mendahului menerusi jaringan separuh masa pertama Kai Havertz sebelum Rice dilayangkan kad merah selepas rehat di Stadium Emirates.

Iklan
Iklan

Dalam insiden kontroversi itu, pemain tengah Arsenal tersebut mendapat kad kuning kedua kerana menendang bola ketika pemain Brighton mahu mengambil sepakan percuma.

Rice kelihatan bingung dengan keputusan itu manakala Arteta meminta penjelasan daripada pegawai keempat ketika peminat Arsenal melaungkan 'anda tidak sesuai untuk menjadi pengadil' kepada pengadil perlawanan, Chris Kavanagh.

Iklan

Liga Perdana berkata, Rice dibuang padang kerana sengaja melambatkan permulaan semula perlawanan.

Brighton mengambil kesempatan daripada situasi itu untuk menyamakan kedudukan menerusi Joao Pedro, sekali gus menamatkan rentak kemenangan Arsenal dalam usaha mereka untuk memenangi kejuaraan buat kali pertama sejak 2004.

Iklan

The Gunners telah memenangi dua perlawanan pembukaan musim ini menentang Wolves dan Aston Villa dan keputusan ini menjadi tamparan kepada harapan mereka untuk menyaingi juara Manchester City.