PUTRAJAYA - Banci Pertanian 2024 merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti struktur pertanian terkini yang diusahakan pelbagai pihak dalam negara.
Pengarah Bahagian Perangkaan Pertanian dan Alam Sekitar, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Fuziah Md Amin berkata, data daripada banci pertanian akan menghasilkan input yang diperlukan sama ada oleh penggubal dasar, pihak industri, penyelidik dan ahli akademia mahupun petani.
"Bayangkan setelah 19 tahun kita tidak melaksanakan apa-apa bancian berkaitan pertanian, kita tiada gambaran menyeluruh dan tepat berkenaan apa yang sebenarnya berlaku dalam sektor pertanian ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Interviu bertajuk Banci Pertanian 2024: Beri Manfaat Untuk Semua! dihoskan Haizir Othman yang berlangsung di Ibu Pejabat DOSM di sini, pada Khamis.
Ujar beliau, sepanjang 19 tahun, data yang ada hanyalah berdasarkan statistik yang dikutip dan dijana oleh pelbagai kementerian dan agensi bagi memenuhi keperluan dan objektif agensi masingmasing.
"Mengambil contoh, kalau kita bercakap berkenaan dengan tanaman, ia ada di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kalau komoditi ianya di Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), sekiranya perhutanan ada di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
"Tetapi di manakah platform atau tempat untuk kita gabungkan maklumat terkini dan relevan yang akan digunakan untuk tujuan pembangunan?
"Antara lain juga, apabila DOSM melaksanakan banci pertanian ini, ia akan menjadi satu penanda aras untuk kerajaan melaksanakan apa-apa program atau dasar,” jelas Fuziah.
Empat jenis kajian

Fuziah (kanan) bersama Haizir pada program Interviu bertajuk Banci Pertanian 2024: Beri Manfaat Untuk Semua! yang berlangsung di Ibu Pejabat DOSM di sini, pada Khamis.