Sekat kandungan sensitif bagi banteras kegiatan 'swinger'

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KEGIATAN melibatkan persundalan seks bebas dengan bertukar pasangan atau ‘swinger’ pada masa kini dilihat semakin bergerak rancak menerusi promosi secara dalam talian.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus dalam sidang media pada Jumaat memaklumkan seramai 36 individu termasuk penjawat awam dan penuntut universiti ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti tersebut.

Iklan
Iklan

Fadil berkata, serbuan dilakukan susulan risikan sejak Jun lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ujar beliau, kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan iaitu mempromosi, mengiklankan, menerbitkan dan menawarkan khidmat persundalan serta Seksyen 424 Kanun Keseksaan iaitu memberi orang lain menggunakan akaun bank.

Iklan

Selain itu, menurutnya, Seksyen 377D Kanun Keseksaan (melanggar kesopanan dan perbuatan kelucahan melampau), Seksyen 377A Kanun Keseksaan (melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie) serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah).

Lebih membimbangkan lagi penuntut universiti juga terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral ini. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada segelintir pelajar malah berkemungkinan bakal menjejaskan pembangunan generasi muda negara pada masa akan datang.

Iklan

Ini menunjukkan platform media sosial dapat disalah guna dalam pelbagai bentuk dan masyarakat dalam era teknologi canggih masa kini semakin mahir menyembunyikan aktiviti jenayah mereka di sebalik medium tersebut.

Justeru, pihak yang berkaitan termasuk Kementerian Komunikasi perlu memainkan peranan dalam menangani perkara ini.

Kerajaan perlu melakukan pemantauan lebih kerap dan memperluaskan sekatan kandungan-kandungan sensitif di media sosial.