Berhati-hati dengan pujian
Iklan
Dilaporkan OECD menggesa kerajaan Malaysia memperkenalkan semula GST pada kadar rendah. Gambar hiasan 123RF
DALAM beberapa rencana di ruangan ini sejak beberapa bulan lalu, saya menyebut berkenaan dasar ekonomi dan kewangan kerajaan mendapat sambutan baik agensi-agensi antarabangsa.
Ia termasuklah langkah menyempitkan defisit belanjawan, mengurangkan subsidi bahan bakar bermula dengan diesel dan memesatkan pungutan hasil, khususnya cukai.