MESIN gol Manchester City, Erling Haaland melakar hatrik kedua berturut-turut ketika melebarkan rentak kemenangan penyandang juara itu selepas membenam cabaran West Ham United, 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London.
Tiga gol bekas peledak Borussia Dortmund tersebut bermula minit ke-10, m-30 dan m-83, membolehkan The Citizens kendalian Pep Guardiola memimpin liga dengan sembilan mata satu mata mengatasi Brighton yang mengikat Arsenal 1-1 di Stadium Emirates sebelum itu.
The Hammers kendalian Julen Lopetegui yang cuba menyaingi anak buah Guardiola hanya berjaya dijelmakan gol hasil jaringan sendiri Rúben Dias minit ke-19 yang menepis hantaran lintang Jarrod Bowen ke gawangnya untuk kekalahan kedua selepas mengharungi tiga perlawanan.
Haaland sebelum ini bergelut dengan prestasi masih menjadi penjaring terbanyak liga dengan 27 gol musim lalu, kini tampil lebih bertenaga selepas meledak hatrik semasa membelasah Ipswich Town 4-1 selepas menyumbat satu gol ketika menewaskan Chelsea, 2-0 di Stamford Bridge pada 18 Ogos lalu.
Haaland, yang merekodkan gol ke-70 EPL dalam perlawanan ke-69, mengakui sedang menikmati manfaat daripada masa rehat sebelum ini.
"Masa di sini berlalu dengan sangat pantas. Saya berasa lebih baik dan bertenaga selepas cuti panjang dan pramusim. Sekarang saya bersedia untuk lebih banyak lagi," katanya.
HATRIK HAALAND DI EPL
27 OGOS 2022
Crystal Palace (Stadium Etihad) 3 gol
31 OGOS 2022
Nottingham Forest (Stadium Etihad) 3 gol
2 OKTOBER 2022
Manchester United (Stadium Etihad) 3 gol
22 JANUARI 2023
Wolves (Stadium Etihad) 3 gol
2 SEPTEMBER 2023
Fulham (Stadium Etihad) 3 gol
4 MEI 2024
Wolves (Stadium Etihad) 4 gol
24 OGOS 2024
Ipswich Town (Portman Road) 3 gol
31 OGOS 2024
West Ham (Stadium London) 3 gol
LIGA PERDANA INGGERIS
KEPUTUSAN
Arsenal 1-1 Brighton
Nottingham Forest 1-1 Wolverhampton
Leicester City 1-2 Aston Villa
Ipswich Town 1-1 Fulham
Brentford 3-1 Southampton
Everton 1-2 Bournemouth
West Ham United 1-3 Manchester City