Pemuda UMNO akan saman Syed Saddiq: Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pemuda UMNO akan memulakan prosedur saman terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menuduh UMNO terbabit dalam kejadian serangan sekumpulan individu di Ulu Tiram, Johor malam tadi.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, laporan polis akan dibuat Pemuda UMNO Johor pada petang ini berhubung tuduhan palsu Syed Saddiq yang juga ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan
Iklan

"Melampau kamu wahai Syed Saddiq! Kamu bergaduh sama sendiri musim pemilihan Armada, kamu tuduh UMNO yang cetuskan.

"Kalau berani buat laporan polis dan tulis terang-terang tuduhan kamu seperti dalam Facebook ini. Mudah kami Pemuda UMNO menyaman kamu buat laporan palsu.

Iklan

"Sudahlah kes dengan Saudara Azri Papagomo dulu kamu tuduh beliau mencekik leher sehingga tisu terkoyak masih berjalan di mahkamah. Tunggulah pula saman kedua jika kamu terus menuduh UMNO yang menyebabkan kamu lompat pagar malam tadi,” katanya di laman Facebook hari ini.

Asyraf berkata demikian dengan memuat naik tangkap layar kenyataan Syed Saddiq di media sosial itu dengan tuduhan mengesyaki penglibatan UMNO dalam kejadian tersebut.

Iklan

Dalam kenyataannya, Syed Saddiq memberitahu bahawa Armada turut membuat laporan polis terhadap sekumpulan individu yang sengaja mencetuskan huru-hara pada majlis pertemuan sayap parti itu di sebuah resort di Ulu Tiram, Johor malam tadi.

"Mereka disyaki daripada pihak pembangkang iaitu UMNO yang sengaja datang untuk mengganggu program kami. Namun tindakan mereka sangat ganas dan merbahaya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Armada buat laporan polis

Dikepung 'gengster', Syed Saddiq terpaksa lari panjat pagar