Arteta sindir pengadil

Iklan
Arteta. Foto AFP

MIKEL Arteta mengakui dia 'kagum' dengan keputusan kontroversi, Chris Kavanagh untuk melayangkan kad merah kepada pemain tengah Arsenal, Declan Rice ketika seri 1-1 menentang Brighton pada Sabtu.

Kai Havertz meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-38, tetapi Rice dibuang padang buat kali pertama dalam karier Liga Perdana Inggerisnya empat minit selepas separuh masa kedua bermula.

Iklan
Iklan

Kavanagh melayangkan kad kuning kedua kepada Rice selepas pemain antarabangsa England itu menendang bola ketika Brighton mahu mengambil sepakan percuma.

Menambah kekecewaan Arsenal, tiada hukuman diberikan kepada Joel Veltman yang menendang Rice ketika dia cuba melakukan sepakan percuma itu.

Iklan

Arsenal gagal bertahan dengan 10 pemain apabila Joao Pedro menyamakan kedudukan pada minit ke-58 di Stadium Emirates.

"Saya kagum. Kagum, kagum, kagum kerana keputusan yang tidak konsisten boleh berlaku," kata Arteta.

Iklan

"Pada separuh masa pertama, terdapat dua insiden dan tiada apa yang berlaku. Kemudian, di kawasan yang tidak kritikal, bola terkena Declan, dia berpusing. Dia tidak melihat pemain itu datang dan dia menyentuh bola," katanya.

Arsenal telah menewaskan Wolves dan Aston Villa sebelum keputusan seri pertama mereka dalam pemburuan gelaran pertama sejak 2004.

"Petang yang sangat kelam kabut. Pengadil membuat keputusan yang mengubah perjalanan permainan," katanya.