Pelanggan mengamuk angkara kacang, rupanya...

Iklan
Tangkap layar bahagian pertama kejutan ulang tahun.

SHAH ALAM - Tular seorang pemuda mengamuk di kedai makan gara-gara kacang tidak cukup dalam hidangan yang dipesan dan tindakan itu mengundang kecaman ramai pihak.

Bagaimanapun, situasi berkenaan adalah kejutan sempena ulang tahun kelahiran pekerja tesebut sahaja dan ia dipercayai dirancang oleh rakan sekerjanya.

Iklan
Iklan

Susulan daripada pendedahan itu, orang ramai menyatakan bahawa mereka juga tertipu dengan adegan berkenaan kerana lakonan yang dibawa oleh pemuda tersebut kelihatan nyata.

Menjengah ke ruangan komen, @Mohd.Rashid berkata, watak yang dibawa oleh lelaki itu sangat berkesan sehinggakan dia turut serta memarahi pelakon berkenaan di ruangan komen pada video pertama.

Iklan

Bagi @izatirauf89, walaupun sudah melihat rakaman tersebut dan berasa marah, namun dia berjaya menahan diri daripada menaip perkara yang tidak baik.

Tangkap layar bahagian kedua kejutan ulang tahun.

"Nasib baik semalam saya tengok saja video ini, nak maki tapi tahan saja jari daripada menaip. Saya nak taip 'muka saja hensem tapi perangai macam apa entah',"katanya.

Iklan

Sebelum ini, tular satu rakaman memaparkan lelaki berkenaan bertindak memarahi pekerja dan menendang kerusi kerana tidak berpuas hati dengan kesalahan yang berlaku.

Pada masa sama, di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah dan mahu pemuda itu memohon maaf kepada pelayan tersebut.

"Semalam ada satu kejadian. 'Mamat' depan ini datang-datang muka berlagak. Kemudian dia pesan makanan dan kisahnya hanya kacang tidak digaul sahaja, selepas itu dia tidak berpuas hati dan minta staf itu tukar.

"Tetapi dia masih tidak berpuas hati dan hampir 10 kali dia panggil abang (pekerja) suruh tukar. Memang pelanggan selalu betul tapi kena ada simpati sikit, ini sebab kacang tak cukup pun kau marah," kata pemilik video berkenaan di ruangan kapsyen.