Polis kesan lelaki dan wanita tinggal bayi di surau

Iklan
Polis sedang mengesan seorang lelaki dan wanita berhubung kes penemuan bayi lelaki yang ditinggalkan di atas sofa sebuah surau di Nilai 3 di sini pada Rabu lepas.

NILAI - Polis sedang mengesan seorang lelaki dan wanita berhubung kes penemuan bayi lelaki yang ditinggalkan di atas sofa sebuah surau di Nilai 3 di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya telah pun menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan yang memaparkan dua individu dipercayai terlibat.

Iklan
Iklan

"Polis sudah pun melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menyemak rakaman CCTV surau.

"Hasil semakan rakaman, kami mengesan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai suspek yang meninggalkan bayi itu sebelum beredar menggunakan sebuah kenderaan yang belum di kenal pasti," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Bagaimanapun katanya, rakaman CCTV tersebut tidak jelas menunjukkan muka suspek yang menyukarkan polis untuk mengesannya.

Media sebelum ini melaporkan bayi lelaki baru lahir ditemukan orang awam di atas sofa sebuah surau di Nilai 3.

Iklan

Bayi yang cukup sifat dan dalam keadaan sihat itu ditemui oleh seorang jemaah di atas sofa surau seusai solat Maghrib kira-kira jam 7.30 malam.