SKUAD bola sepak wanita Sabah yang melakar sejarah meraih slot ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2024/25 membuka lembaran baharu arena bola sepak wanita negara.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan menyebut prestasi itu juga dapat memberi inspirasi kepada pemain bola sepak wanita negara untuk lebih menyinar di peringkat antarabangsa.