Deretan kedai di lokasi tanah jerlus mula dibuka semula

Iklan
Situasi terkini lokasi berhampiran insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang dibuka kembali kepada pengunjung ketika tinjauan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati deretan kedai berhadapan dengan lokasi kejadian mula dibuka selepas sebahagiannya ditutup sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata operasi SAR bagi mengesan G.Vijaya Lakshmi, 48, telah dihentikan selepas sembilan hari dengan usaha kini beralih ke fasa 'search and recovery.'