ADUN Johol sudah keluar IJN, kini rehat di rumah

Iklan

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat.

Isterinya, Datin Shaliza Idris berkata, suaminya memerlukan rehat secukupnya untuk pulih sepenuhnya sebelum dibenarkan bertugas semula.

Iklan
Iklan

"Beliau (Saiful Yazan) juga menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakannya semasa keadaan kesihatannya diuji tempoh hari," katanya menerusi pesanan ringkas yang dihantar kepada Sinar Harian pada Ahad.

Media pada 22 Ogos lalu melaporkan Saiful Yazan dikejarkan ke IJN selepas dilaporkan tidak sedarkan diri kerana serangan jantung sebelum dirawat di Unit Rawatan Koronari.

Iklan

Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Saiful Yazan merupakan wakil rakyat sejak tahun 2018 di DUN Johol selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan 15 serta Pilihan Raya Negeri.

Iklan