GAZA/GENEVA - Ratusan ribu kanak-kanak dijangka diberi vaksin polio di Semenanjung Gaza yang bergolak bermula pagi Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hospital, doktor pembedahan dan pasukan bergerak akan memulakan proses imunisasi terhadap 640,000 kanak-kanak terhadap virus yang menyebabkan polio dalam beberapa hari akan datang.
Dua dos vaksin yang memberikan imunisasi penuh harus diberikan dengan selang empat minggu.
Matlamatnya adalah untuk menjangkau lebih 90 peratus kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Untuk tujuan ini, akan ada penangguhan sementara dan setempat dalam kempen berkenaan.
Dos vaksin pertama diberikan pada sidang media yang dianjurkan pihak berkuasa kesihatan di Semenanjung Gaza pada Sabtu. Ia adalah upacara perasmian, kata WHO. - Bernama