Lagi kejadian lubang benam di lokasi sama dekat Seoul

Iklan
Kereta tersebut 'ditelan' lubang benam yang muncul secara tiba-tiba pada Khamis lalu. Foto Agensi

SEOUL – Satu lagi kejadian lubang benam berlaku berhampiran kawasan di mana fenomena sama di barat ibu kota Korea Selatan pada minggu lalu.

Anggota Jabatan Jalan Raya Metropolitan Seoul mengesahkan lubang benam terbaharu tersebut muncul di laluan sama di Seongsan-ro yang terletak kira-kira 30 meter (m) dari lokasi sebuah kenderaan 'ditelan' fenomena sama, sehari sebelum itu.

Iklan
Iklan

"Kami sedang bekerjasama dengan pakar untuk menentukan puncanya,” kata pegawai daerah.

Pada Khamis, sebuah kenderaan yang membawa dua warga emas 'ditelan' lubang benam berdiameter empat meter dengan kedalaman kira-kira 2.5m di Seongsan-ro di daerah Seodaemun.

Iklan

Pemandu berusia dalam lingkungan 80-an dilaporkan cedera parah manakala penumpang wanita berumur dalam lingkungan 70-an mengalami serangan jantung dan kini disahkan stabil.

Kejadian lubang benam tersebut turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti penyebab fenomena itu telah dijalankan pihak berkaitan. - Agensi

Iklan