Wanita pajak barang kemas RM106,400 selepas diperdaya scammer

Iklan
Seorang wanita kerugian RM106,400 hasil memajak barang kemas yang ada dalam simpanannya selepas diperdaya scammer.

MUAR - Seorang wanita kerugian RM106,400 selepas ditipu menerusi panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai kakitangan Shopee dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa yang juga berusia 27 tahun menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai kakitangan Shopee Malaysia pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Individu tersebut telah meminta mangsa membuat laporan polis kerana mendakwa mangsa menjual produk kosmetik tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan.

"Mangsa kemudiannya disambungkan kepada beberapa individu berbeza yang menyamar sebagai pegawai polis.

Iklan

"Mangsa diberitahu oleh individu tersebut bahawa dia mempunyai satu waran tangkap kerana terlibat dengan penggubahan wang haram dan kes dadah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Raiz Muhkliz, akibat takut dengan ugutan itu, mangsa telah memberikan maklumat peribadi miliknya.

Iklan

Katanya, individu berkenaan juga telah meminta mangsa untuk memajak barang kemas yang ada dalam simpanannya.

"Mangsa telah pergi ke tiga kedai pajak di sekitar Muar untuk memajak barang kemas dan memindahkan wang hasil daripada pajakan tersebut ke dalam empat akaun bank berbeza berjumlah RM106,400.

"Selepas membuat semua pembayaran tersebut, mangsa disuruh membuat pembayaran lagi menyebabkan mangsa berasa ditipu dan membuat laporan polis pada Sabtu," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian semak mule menerusi laman web www.semakmule.rmp.gov.my/. sebelum membuat sebarang pembayaran atau transaksi dalam talian serta memuat turun aplikasi ‘whoscall’ bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan," ujarnya.