Pilihan Raya Parlimen bermula di Azerbaijan

Iklan
Azerbaijan menjalankan pilihan raya parlimen awal pada 1 September dengan 991 calon bersaing untuk 125 kerusi di Dewan Negara, yang dikenali sebagai Milli Majlis. - Foto: Xinhua

BAKU - Proses pengundian bagi pilihan raya awal untuk pemilihan kerusi parlimen Azerbaijan bermula pada Ahad, menurut laporan Xinhua.

Pengundian bermula pada jam 8 pagi waktu tempatan (0400 GMT) di seluruh 6,478 pusat mengundi. Lebih 6.4 juta pengundi yang layak dijangka akan mengambil bahagian dalam proses pilihan raya ini, dengan 990 calon bersaing untuk 125 kerusi parlimen.

Iklan
Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat melaporkan 598 pemerhati dari 69 negara dan 51 organisasi antarabangsa telah diiktiraf untuk memantau pilihan raya. Langkah ketelusan termasuk penstriman langsung dari 1,000 pusat pengundian di seluruh negara.

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, isteri Mehriban Aliyeva dan anak perempuan, Leyla Aliyeva, melaksanakan tanggungjawab mereka pada awal hari di sebuah pusat mengundi di Baku.

Iklan

Keputusan awal pilihan raya akan diumumkan kemudian pada hari itu. - Bernama

Iklan