Cutikan Zahid, beri laluan siasatan - Pembangkang
Iklan
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengalu-alukan sikap terbuka Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan, namun berpendapat Presiden UMNO itu perlu dicutikan bagi memberi laluan kepada siasatan bebas sehingga selesai.
Ujarnya, tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.