Osimhen paling 'tersakiti'

Iklan
Osimhen dikatakan merajuk selepas gagal menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim panas yang telah ditutup Jumaat lalu. Foto: Agensi

PENGARAH Sukan Napoli, Giovanni Manna mendedahkan bahawa Victor Osimhen telah menjelaskan bahawa dia tidak mahu bermain untuk kelab Itali itu lagi.

Osimhen gagal menyertai pasukan baharu pada hari terakhir jendela perpindahan pemain.

Iklan
Iklan

Chelsea dan kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ahli telah berusaha untuk menandatangani Osimhen tetapi perpindahan tersebut terbatal.

Napoli pada Sabtu telah mengecualikan Osimhen dari skuad Serie A mereka dan menarik balik nombor sembilan yang digunakan pemain antarabangsa Nigeria itu.

Iklan

"Situasinya sangat jelas, ia telah jelas sejak akhir musim lalu.

"Kemudian ada permintaan dan tawaran, kami fikir kami telah menyelesaikan rundingan, tetapi kemudian ia tidak berjaya.

Iklan

"Kami membeli Lukaku, mengekalkan Raspadori dan Simeone, yang tidak boleh dianggap remeh,” kata Manna kepada DAZN.

Masa depan Osimhen masih belum jelas pada masa ini tetapi dia mungkin berhijrah ke Arab Saudi memandangkan jendela perpindahan di negara Asia itu masih dibuka.