Wanita maut nahas kereta, treler muatan sawit

Iklan
Kereta yang dipandu seorang wanita terbabas selepas terbabit kemalangan dengan treler muatan kelapa sawit di Jalan Taiping berhampiran Kampung Pondok Tanjung, Selama pada Ahad. Foto: ihsan Bomba Perak

LARUT - Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam nahas dengan treler bermuatan kelapa sawit di Jalan Taiping berhampiran Kampung Pondok Tanjung dekat Selama pada Ahad.

Dalam kejadian itu, mangsa, Rozana Othman, 32, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialaminya.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama pada jam 8.41 pagi.

Seorang wanita maut dalam nahas membabitkan treler muatan kelapa sawit di Selama pada Ahad. Foto: Ihsan Bomba Perak

"Terdapat seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan di sini.

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan di Jalan Taiping pada Ahad. Foto: ihsan Bomba Perak

Iklan

Menurut beliau, operasi membawa keluar mangsa diteruskan dengan bantuan pasukan dari BBP Batu Kurau.

"Pasukan menggunakan peralatan khas hidraulik hingga mangsa berjaya dikeluarkan.

Iklan

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.50 malam," katanya.