Penganjuran sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 luar biasa - PM

Iklan
Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 di Dataran Putrajaya Sabtu lalu disifatkan sebagai suatu penganjuran yang luar biasa yang menarik perhatian masyarakat tempatan dan luar negara. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 di Dataran Putrajaya Sabtu lalu disifatkan sebagai suatu penganjuran yang luar biasa bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, acara yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan semangat yang mengesankan seluruh jiwa rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya perhatikan sambutan itu hebat dan luar biasa di seluruh negara.

"Saya lihat sambutannya dan komen dari dalam dan luar negara, itu sangat luar biasa.

Iklan

Ujar beliau, acara yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil itu turut memerlukan penugasan pegawai JPM.

"Kemudian anak sekolah dan institusi pengajian tinggi, pertunjukan pertahanan kita, darat, laut dan udara itu sangat menakjubkan," jelas Anwar.

Iklan

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan rasa syukur dengan keamanan dinikmati negara selain semangat ditampilkan segenap rakyat.

"Kita manfaatkan ini untuk yakinkan diri, jadi akhirnya akan memberi manfaat kepada negara iaitu memperbaiki prestasi dalam segala bidang.

"Sebab itu dalam doa kita sebut islah kerana semangat ini tidak selalu jadi.

"Kita sambut 67 tahun merdeka, tidak setiap tahun semangat itu sama, kerana penglibatan anak-anak kita, kita berupaya buat sesuatu lebih baik,” jelasnya.