SKMM kuat kuasa larangan beberapa kandungan melalui SMS

Iklan
Bermula 1 September 2024, SKMM melarang beberapa jenis kandungan melalui SMS dikuatkuasakan bagi melindungi pengguna.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bermula 1 September 2024, larangan terhadap beberapa jenis kandungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dikuatkuasakan bagi melindungi pengguna.

Kandungan yang terlarang ini adalah meliputi pautan, permintaan maklumat peribadi dan juga nombor telefon untuk dihubungi.

Iklan
Iklan

SKMM menyatakan perubahan dan penguatkuasaan ini adalah dalam usaha melindungi pengguna daripada risiko penipuan melalui SMS, yang sering dieksploitasi penjenayah.

SKMM juga menggesa sentiasa berwaspada dengan SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut.

Orang ramai yang masih menerima SMS sedemikian boleh mengemukakan aduan kepada SKMM melalui laman rasmi.

Iklan

Selain SMS, SKMM turut menekankan supaya sering berwaspada dengan mesej serupa yang dihantar melalui medium komunikasi lain seperti RCS, Apple iMessafe, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

Iklan